Shareware merujuk kepada perisian komersial berlesen yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh digunakan sehingga had masa tertentu. Walau bagaimanapun, perisian sebegini boleh terus digunakan selepas lesennya dibeli.Sesetengah perisian kongsi hanya membenarkan beberapa fungsi tertentu digunakan sebelum pengguna membeli lesennya. Fungsi penuh perisian akan dibenarkan selepas salinan perisian tersebut didaftarkan atau diaktifkan dengan lesen sah daripada pengeluar atau pembangunnya. Berbeza dengan freeware yang menyediakan fungsi penuh perisian.
Freeware diedarkan tanpa disertakan kod sumbernya dan lantas mengelakkan para penggunanya daripada mengubahsuai perisian tersebut. Dengan ini, freeware adalah berbeza dengan perisian bebas yang membenarkan pengubahsuaian pada perisian.
No comments:
Post a Comment